2 Jun 2012

SENYUMAN ;)

Update By Nadia Nadhirah at Saturday, June 02, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum , entry kali nie pasal Senyuman . .

Pujangga ada menyebut:
"SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"

Dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Senyumlah dalam keadaan apa sekali pun kerana senyum itu mampu menjadi penawar untuk kita terus berada di Bumi Allah SWT ini :)

Sebalik senyuman ini tersimpan banyak perasaan dan rahsia

SENYUM SOKMO DEH :)

0 comments:

Post a Comment

Nadia Nadhirah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review