26 Dec 2013

HUKUM FITNAH

Update By Nadia Nadhirah at Thursday, December 26, 2013
Reactions: 
0 comments
Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah dieertikan sebagai :
“Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.”

Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang atau seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden seperti menggunakan media massa samada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti berfitnah.

Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermkasud:
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193)

Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.

Sumber : Wikipedia

24 Dec 2013

HUKUM NIKAH GANTUNG

Update By Nadia Nadhirah at Tuesday, December 24, 2013
Reactions: 
0 comments
a) Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut "NIKAH KHITBAH" dan hukumnya HARUS .

b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .

c) Nikah Gantung juga mengadakan “Majlis Akad Nikah“ yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .

d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .

e) Nikah Gantung menangguhkan “Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus)“ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .

Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan.

  • Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
  • Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
  • Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .

Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “ hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .

27 Jul 2013

16 Fakta Menakjubkan Mengenai Bayi Baru Lahir

Update By Nadia Nadhirah at Saturday, July 27, 2013
Reactions: 
0 comments
  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya

Kerdil

Aku ckup sensitif bila org tegur aku ngn muka aku . Aku taw aku buruk x setanding org lain . Kalau suka , terima seadanya . Mmg aku pompuan penampilan kena jaga but if the pimples nak naik aku nak cakap ape ? Nak suruh cakap mcm nie "Eh pimples ! Please stop there . Jgn tumbuh kat muka aku lg nty tgl parut plak" . Mcm tu ke ?? hurmmm . Bukan aku mintak pon muka aku jadi seteruk nie . Dah mcm2 cara aku buat . Mcm2 produk dah aku guna . Hasilnya sama jea . Sekarang aku dok guna tanaka tuh , baru nmpak hasilnya siket . Sabar laa . . Aku pon nak muka aku mcm dulu . Yess , I know . Kawan2 awak semua lawa2 , cantik2 . Sedangkan saya nie muka mcm org xreti nak jaga penampilan kan . Awak cakap senang sbb awak xtaw ape yang saya rasa . Awak malu ada awek mcm saya nie ? Xpelaa kalau mcm tu . Saya taw ape saya buat . Yang penting saya x kacau orang . Kalau awak suka saya , awak akan terima saya seadanya . Tak kira saya nie mcm mana . Sumpah saya cakap , saya rasa cukup kerdil bila awak selalu complain pasal diri saya especially pasal muka . Sorry saya x sempurna untuk awak . Xpela awak , saya terima setiap apa yang awak cakap sebagai pendorong saya . Saya tak marah awak . Saya taw awak ambik berat , but please jgn buat saya rasa terlalu kerdil bila saya dgn awak . THAT'S ALL !!

9 Jul 2013

SALAM RAMADHAN ♥

Update By Nadia Nadhirah at Tuesday, July 09, 2013
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum warga blogger sekalian .

Sedaar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan dan semestinya ini Ramadhan yang ketiga Nad berpuasa di tempat orang . Maklumlah , student lagi . Sekejap jea masa berlalu , dah puasa then raya , hooreeeyyy !! Eh eh , ter'over' plak . Puasa baru nak start kot . Hehe ..

Dikesempatan ini Nad nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua warga blogger , keluarga tersayang , sahabat handai serta semua yang mengenali Nad . Tak lupa juga untuk Cik Ketot sekeluarga .

MARHABAN YAA RAMADHAN
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 1 hri lagi NAFAS
┆ Menjadi TASBIH...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 1 hri lagi TIDUR
┆ menjadi IBADAH...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 1 hri lagi DOA
┆ ϑǐ IJABAH...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 1 hari lagi PAHALA
┆ di lipat gandakan...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Itu semua tak akan terjadi
┆tanpa maaf tulus & k'ikhlasan
┆dari hati kalian...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶ 
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Izinkan kedua telapak tanganku
┆ bertengkup memohon maaf, Untuk;
┆ Lisan yang terlanjur...
┆ Janji yang terabaikan...
┆ Hati yang berprasangka..dan
┆ Semua sikap yang menyakitkan...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶ 
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Marhaban ya ramadhan
┆мσнση мααƒ αтαѕ ѕєgαlα
┆кєкнιlαƒαn ѕєlαмα ιηι
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽

26 Jun 2013

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

Update By Nadia Nadhirah at Wednesday, June 26, 2013
Reactions: 
0 comments
1) Suka Haiwan
  • Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.
2) Suka Kanak-Kanak
  • Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.
3) Berat Akan Orang Tua
  • Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
  • Kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
  • Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
  • Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
  • Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
  • Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

14 May 2013

BILA WANITA MENANGIS

Update By Nadia Nadhirah at Tuesday, May 14, 2013
Reactions: 
0 comments

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang wanita menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda..

Dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda..
Apabia dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya..
Bolehkan anda rasa apa yg dia rasa?
Pernahkan anda CUBA untuk memahami apa yg dia rasa?

Fikirkan..
Berbaloikah dia menangis,di hadapan anda?
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati.
Kesedihan yg di rasainya mnjadi semakin berat utk di simpan.

Cuba ambil masa utk berfikir.
Jika si dia menangis hanya kerana anda.
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda.
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan.
Kerana suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal.
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "MAAFKAN SAYA"
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda biarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah di sisi dia menemani dia.
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Jangan pernah mengungkap rasa cinta anda pada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta..
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara..

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama..
Tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
Hargailah seorang wanita yang tulus mencintai anda..

11 May 2013

KRITERIA MEMILIH SAHABAT

Update By Nadia Nadhirah at Saturday, May 11, 2013
Reactions: 
0 comments

Menurut Imam Ghazali (melalui Kitab Bidayatul Hidayah), “di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut (pastikan) daripadanya, engkau pastikan pada dirinya 5 syarat:

○ Carilah Orang Yang Berakal
○ Carilah Orang Yang Baik Akhlaknya
○ Carilah orang Soleh/solehah
○ Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
○ Carilah Orang yang benar.
○ Carilah sahabat yang mampu menegur ketika kita lakukan kesalahan dengan cara yang berhemah
○ Sahabat yang selalu bagi semangat di kala kita suka dan duka
○ Sahabat yang mempu ceriakan hati kita dan menjadi pendengar yang baik
○ Jenis yang membimbing bukan menjatuhkan
○ Saling menyenangkan satu sama lain
○ Jujur
○ Menunjukkan teladan yang baik
○ Mengajak ke arah kebaikan.
○ Paling penting adalah menerima kekurangan dan kelebihan orang lain serta bersedia untuk bersama berubah ke arah kebaikan dan berkawan kerana Allah.

10 May 2013

GIRL CHILD IS ALWAYS SPECIAL

Update By Nadia Nadhirah at Friday, May 10, 2013
Reactions: 
0 comments
On the first day of their marriage, wife and husband decided and agreed not to open the door for anyone! On that day first, husband’s parents came to see them, they were behind the door. Husband and the wife looked at each other, husband wanted to open the door, but since they had an agreement he did not open the door, so his parents left. After a while the same day , wife’s parents came , wife and the husband looked at each other and even though they had an agreement , wife with tears on her eyes whispered , I can’t do this to my parents , and she opened the door. Husband did not say anything, years passed and they had 4 boys and the fifth child was a girl. The father, planned a very big party for the new born baby girl, and he invited everyone over. Later that night his wife asked him what was the reason for such a big celebration for this baby while we did not do it for the others! The Husband simply replied, because she is the one who will open the door for me!

♥♥ Daughters are always so special ♥♥

8 May 2013

MATEMATIK vs LOGIK

Update By Nadia Nadhirah at Wednesday, May 08, 2013
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum readers sekalian . Memandangkan first paper untuk final tinggal beberapa jam jea lagi , kat sini Nad nak kongsi cerita berkenaan "Matematik vs Logik" (mentang-mentang esok paper Maths kan).
Sebenarnya Nad malas nak study dah sebab tu tiba-tiba nak merepek kat sini . Haha , saja nak release tension sebab duk mengadap nombor-nombor jea memanjang . ☺

Actually , Matematik dan logik terletak pada otak kiri manusia . Oleh sebab itu , Matematik memerlukan daya pemikiran yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah . Dan sekiranya seseorang manusia yang begitu dominan dengan otak kiri , mereka mampu berfikir dengan lebih sistematik dan terperinci . Mereka ini mudah untuk memahami perkara-perkara yang kompleks serta memerlukan maklumat yang sangat terperinci . Jurutera , Pustakawan , Kaunselor , Pengaturcara Komputer adalah di antara pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri . Keadaan ini tidak juga membawa maksud bahawa sebagai manusia kita hanya menggunakan sebelah bahagian otak sahaja tetapi kita perlu akur bahawa manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya . Contohnya dalam soal melukiskan sesuatu gambar , ramai di antara kita yang hanya mampu melakar dan mengimaginasikan sesuatu lukisan tetapi tidak ramai yang berkemahiran untuk melukis apa yang diimaginasikan . 

Okay , nampaknya Nad dah lari daripada tajuk asal dah nie . Hehe . Balik kepada tajuk asal "Matematik vs Logik" , Nad nak berkongsi cerita pasal benda alah nie . Ceritanya berbunyi macam nie . . . 

Ada dua orang gadis yang cantik . Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L)Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap , dan jarak rumah mereka masih agak jauh . Setelah beberapa lama mereka berjalan , tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu ? Aku kuatir dia bermaksud jahat .

L : Itu hal yang Logik . Aku rasa dia nak merogol kita la .

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat ?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat .

M : Itu tidak banyak membantu laa , macammana ni .

L : Tentulah tidak membantu , Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat .

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan ? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan .

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L) . Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya .

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang .

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi ?

L : Yelah , Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku .

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau ?

L : Sesuai dengan logik aku , teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak .

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik , dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan ?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam .

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi ?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku ?

L : Logik bukan , kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh , langkah aku besar , tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu .

M: Hahaha ! Memang logik .

*Saja-saja nak hiburkan hati yang tengah tension nie  , nyte peeps !*

7 May 2013

♫ FINAL EXAM AROUND THE CORNER ♫

Update By Nadia Nadhirah at Tuesday, May 07, 2013
Reactions: 
0 comments
♠ Hye Readers ♠
After for 4 months studying with stress , now I will sitting for the FINAL EXAM this week on Wednesday . Oh God ! Really need more spirits to study . Tambah-tambah lagi , subject Maths . Nad kena study betul-betul Maths coz nak tebus balik yang sem lepas punya . Sebab bagi Nad , sekali kita gagal tak semestinya kita terus gagal malah ia lebih membuatkan kita terus bangkit dan berusaha serta bersemangat untuk mencapai kejayaan . Alhamdulillah , this sem Nad lebih memahami bila study subject nie . Dalam masa yang sama jugak Nad dapat tolong member-member yang kurang faham dan kurang mahir subject nie . Alhamdulillah ☺ . Nad masih ingat lagi Umi pernah cakap , ilmu yang kita pelajari and apa-apa yang kita tahu and faham kita kena kongsi dengan sape-sape pun . Tak kisah lah pasal pelajaran or whatever . Umi cakap jangan sesekali kita bakhil ilmu pengetahuan sebab tak luak pun ilmu tu kalau kita share dengan orang dan jangan sesekali mengharapkan apa-apa balasan . Keikhlasan perlu ada dalam diri dalam perkongsian ilmu .

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu , kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka ".
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

"Sesungguhnya ilmu adalah imam kepada amal , dan amal adalah makmumnya ."

So , untuk semua students UNIKL BMI , selamat menghadapi FINAL EXAM and GOOD LUCK ! Wish you ALL THE BEST !! Fighting •♥♥•

6 May 2013

CINTA ITU MEMBERI DAN MENERIMA

Update By Nadia Nadhirah at Monday, May 06, 2013
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum reader-reader blogger sekalian .

Hari nie Nad tak taw nak cerita pasal apa . Hari nie , terdetik kat hati nak baca artikel-artikel kat internet nie kononnya nak cari pengetahuan laa katakan . Hehehe ☺•

Ada satu artikel nie mengatakan sememangnya dalam perhubungan antara dua hati pasti ada satu pihak memberi dan satu pihak menerima . Tetapi lebih indah jika keduanya saling memberi dan menerima agar sama-sama mengecapi nikmat kebahagiaan yang diimpikan . Artikel tu bercerita mengenai 
"Cinta Itu Memberi Dan Menerima"
Apabila menyintai kita selalu saja mengharap itu ini dari pasangan kita , sehingga kita lupa seharusnya kita patut bersikap ikhlas memberi dengan hati terbuka buat insan tersayang . Jika kita memberi kasih sayang dan segala perhatian kepadanya dengan tidak mengharapkan balasan InsyaAllah akan kita terima sesuatu yang bermakna dalam hidup yang tidak kita jangkakan . 
Begitu juga lah dengan Nad . Nad tak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari insan yang Nad sayang asalkan Nad boleh tengok dia tersenyum bahagia dan sentiasa ada di samping Nad bila masa Nad kesusahan . Itu dah cukup memadai bagi diri Nad bahagia . Alhamdulillah , dengan situasi yang sedemikian juga lah Nad masih bertahan dengan dia .
Sama juga dengan memberi . Memberi adalah satu sikap yang mulia . Hati kita lebih tenang memandangkan kita nampak insan tersayang menerima sesuatu dari kita dan dapat melihat mereka bahagia berbanding kita sering berharap diberi itu atau ini dari si dia dan akhirnya kita merana kerana dia tidak mampu memberi perhatian atau apa saja yang kita harapkan darinya .
Jika mula menyayangi seseorang tanamkan lah dalam diri bahawa kita ingin memberi dan membahagiakan dia tanpa mengharapkan dia membalasnya kembali . Allah itu Maha Adil , pasti kebahagiaan akan menjadi milik kita suatu hari nanti .INSYAALLAH •♥♥•

23 Mar 2013

Andainya Lelaki Tahu

Update By Nadia Nadhirah at Saturday, March 23, 2013
Reactions: 
0 comments

♥ Andainya lelaki tahu..♥
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

♥ Andainya lelaki tahu..♥
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

♥ Andainya lelaki tahu..♥
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

♥ Andainya lelaki tahu..♥
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.....♥

14 Feb 2013

Simple is Me !

Update By Nadia Nadhirah at Thursday, February 14, 2013
Reactions: 
0 comments

The simple is ME !
Snap time wedding Siti & Aidil .
Kononnya amek berkat . HAHA !
Neway , congrats to both of them . May God always bless both of you :)

Nothing to update coz takde idea . Cuma , lately terlalu cepat sangat nak marah-marah and terasa hati . Selalu pikir yang bukan-bukan . Puncanya dari salah aku jugak . And mungkin dia nak balas balik apa aku dah buat . Tapi tu hanya perasaan aku jea , x sure sama ada betul ke tak . Aku hanya mampu diamkan diri sebab taknak timbulkan masalah lagi . Pape pon sayang ang senget !

29 Jan 2013

SECOND MONTH

Update By Nadia Nadhirah at Tuesday, January 29, 2013
Reactions: 
0 comments
Tanggal 29 NOVEMBER 2012 , menerima Mohammad Nazrin Mohd Zakaria sebagai pasangan . Alhamdulillah , hari nie 29 JANUARI 2013 genap dua bulan hubungan kami . Syukur sangat sangat coz masih mampu bertahan sampai ke hari nie . Insyaallah , relay nie akan terus bertahan sampai ke akhir hayat . AMIN ..

25 Jan 2013

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI KETIKA SEDANG HAMIL

Update By Nadia Nadhirah at Friday, January 25, 2013
Reactions: 
0 comments

  • Mentaati, menghormati dan mengasihi suami
  • Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu dan bertenang serta bersabar
  • Tidak cerewet dan membuat banyak kerenah terhadap suami dan rumahtangga
  • Jaga perasaan jangan sampai menyintai orang lain selain suami, kerana nanti melahirkan anak yang curang dan suka berasmara serta pergaulan bebas
  • Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya dan juga orang lain
  • Jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami. Tidak keluar rumah tanpa izin suami
  • Menghargai nasihat dan pandangannya serta ibu bapanya (mertua)
  • Jangan meminta perkara yang tidak mampu disediakan suami
  • Sentiasa meminta kemaafan darinya
  • Ingatkan suami untuk sentiasa mendoakan keselamatan diri dan anak yang bakal lahir
  • Tetap melayani suami selagi mampu

21 Jan 2013

LIFE

Update By Nadia Nadhirah at Monday, January 21, 2013
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum .. Tak jawab Nad xmo kawan taw . Hehe !

Firstly , sorry sangat-sangat dah lama dah melalut kat blog nie . Kalau update pun just post something yang Nad copy dari sumber2 yang tertentu jea . Takde masa nak melalut lalut coz Nad dah balik jadi student dah . First week in new semester , student ramai yang sibuk dengan hal masing2 . Takde timetable laa , add and drop subject laa and whatever lagi laa . Nad pun tergolong sekali dalam kalangan student-student tu semua . Sepanjang first week tu , sibuk duk add drop subject jea kononnya nak upgrade pointer laa katakan . Yang jadi problemnya bila advisor lambat approve . So , terpaksa laa kena pegi jumpa advisor face to face . Tu x termasuk bila pegi cari advisor tu , dye takde . Lagi laa haru biru hidup . Hehe . And alhamdulillah , semua tu dah settle . Insyaallah sem nie boleh naikkan pointer . And one more thing , sem nie Nad dah start amek FYP . Memang byk keje laa jawabnya and nasib baik FYP tu buat dua orang kalau x .. lagi laa haru biru hidup Nad nie . Huhuhu .

Pasal Nad dengan Senget plak , alhamdulillah setakat nie masih mampu bertahan and sedar tak sedar hampir dua bulan dah . Setakat gaduh-gaduh tu normal laa , kalau takde gaduh tu memang ada something wrong la tu kan ? ( Ayat nak sedapkan hati jea aku nie . hehe ! ) . Tak kesah laa perangai dia macam mana sekalipun , Nad terima dia seadanya . Banyak lagi Nad perlu mendalami diri dia almaklum laa , sedar tak sedar dah jadi couple . Alhamdulillah , Nad bersyukur ada dia .. Cemburu sebab dia ada ramai adik angkat ? Tipu laa kalau Nad takde perasaan tu kan ? Yela , awek mane tak cemburu kalau bf dia duk layan adik angkat dia macam awek dia kan . Hurmm , tapi Nad malas nak cakap banyak , Nad diamkan jea . Yelaa , tu hak dia kan ? Hurmmm ( Ayat nak sedapkan hati lagi ) . Apa-apa pun , Nad harap sangat relay nie kekal . Cukup la sebelum nie Nad dah byk kali frust . Haha .

Pasal kawan ? Hurmmm , Nad taknak pikir sgt psal nie sbb dah fobia (yeke aku nie??) nak cari kawan baik macam dulu . Cukup laa sekali Nad kena . Bukan sekali tapi dah banyak kali dah . Nad anggap nie semua dugaan Allah untuk Nad . Nad terima apa pun dugaan dan cabaran yang dah ditetapkan dgn hati terbuka . Nad bukan nak mengungkit apa yang dah berlaku but Nad belum sedia lagi nak berbaik balik sbb benda tu still dalam ingatan . Cukup laa Nad ada Izzaty dgn hubby dia sebagai kawan Nad sejak dari sekolah sampai la dorang kawen and now dah ada anak pun . Nad berkawan dgn sape pun , tapi nak rapat sgt tu .. mybe tak laa kot . Org cakap pengalaman mendewasakan kita .. ceewaaahhhh .. hehehe . Semoga Allah sentiasa melindungi setiap apa yang DIA lakukan . Aminn ..

K laa , nie jea kot Nad nak story . Insyaallah , akan ada lagi story-story nanti . Need to continue study Math  sbb tadi stop kejap , kepala pusing .. Hehe .. Bye , Lot of love from me . Muaahhhhhhhhh ❤❤❤

17 Jan 2013

Kisah Cinta

Update By Nadia Nadhirah at Thursday, January 17, 2013
Reactions: 
0 comments

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight….kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam ‘anak patung’..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,

Suamimu

11 Jan 2013

New Semester , Fourth Sem

Update By Nadia Nadhirah at Friday, January 11, 2013
Reactions: 
0 comments
Alhamdulillah , masih diberi peluang untuk meneruskan pengajian di bumi British Malaysian Institute walaupun pointer untuk sem lepas x memberangsangkan . Insyaallah , moga semester baru nie lebih baik berbanding sem lepas . No more problem coz I will be myself in everything . Insyaallah , takkan menghampakan Umi and Papa lagi :)

At KLCC with Umi Papa , bawak Baby sekali pegi jenjalan .
Thank you Umi Papa sbb hantar Kak Yong ❤❤

7 Jan 2013

RUSHING !

Update By Nadia Nadhirah at Monday, January 07, 2013
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum , tak jawab dosa sape jawab Alhamdulillah :)

Lately sibuk sangat-sangat . Ke hulu ke hilir , pegi situ pegi sini . Rest tak cukup and badan pun dah jadi lemah sesangat dah nie . Last week sibuk keluar masuk bank , pegi bayar registration fees dgn yuran hostel . Alang-alang dah pegi bank , check bonus ASB . Alhamdulillah dapat la siket untuk beli barang-barang before balik KL . Nak tunggu check bonus tu pun punya laa tunggu lama . Ramai gila org duk beratur nak amek bonus masing-masing , dari pagi sampai laa petang . Dekat tiga jam gak aku duk macam org ngokngek kat dalam tu , last2 aku pegi potong line org . Gila nak tunggu lagi 100 orang baru turn aku . Bila aku tgk takde org jea aku terus pegi dgn muka slumber jea kat kaunter tu . Ape aku kesah ! Hehe .

Semalam , Umi suruh pegi KB bawak adek aku nak buat IC , kononnya boleh terus siap . Aku pun ajaklaa Si Zaty dgn Eg pegi sekali . Sesampai jea , aku tanya org yg keje kat situ , dye cakap kena tunggu lagi 2 minggu baru siap . Perghhh , memang mcm ngokngek jea aku rasa hari tu . Last2 balik buat kat Machang jea . Huu ~ takpela . Lagipun nak tunggu pegi KB untuk jenjalan , harammm . Setahun sekali belum tentu jejak . Hehe . Settle adek aku tukar ic , terus pegi hantar dia pegi mengajar . Duk lepak kedai Zaty , layan kerenah si kecik tak duk diam , Aira . Balik , ambik Umi and adek-adek kat skolah . Siap solat ape sume , keluar balik coz adek aku yg bongsu tu nak beli buku . Lepas tu , pegi amek angah kat skolah , singgah hospital tgk nenek sedara aku masuk wad sbb demam panas+semput . Then , pegi plak skolah kakak jumpa dia sbb nak amek kasut aku yg dia bedal pakai . Balik-balik jea dah nak dekat magrib .
Trying to change myself . Slowly change dari perangai mcm laki ke arah keperempuanan , Insyaallah :)
with my only BFF Siti Nur Izzaty :)

Hari nie , pagi2 lagi pegi Kuala Krai sbb Umi suruh bawak angah buka KWSP . Mulanya sesat , last2 aku pusing-pusing jumpa jgak . Settle yang tu , balik pegi bndar Machang sbb nak buka akaun bank angah punya . Aku baru teringat yg hari nie ada pasar isnin . Perghhh , manusia ramai gila kot hari nie sampai nak cari parking pun kena pusing 4 5 kali . Lepas hantar angah kat skolah , pegi duk kedai Zaty sementara tunggu angah balik kul 1 . Duk melayan si Aira , Umi call suruh beli tu beli nie . Pegi pusing2 kat pasar isnin tu dgn Zaty . Dukung si Aira tu punya laa berat , yela dah setahun lebih dah budak kecik tu .. Sampai bengkak lengan aku sbb dari semalam lagi sakit . Lepas dukung si kecik tu , bengkak and lebam lengan aku . Hehee . Balik , amek angah , umi and adek2 . Lepas solat Zohor , baringlaa kejap kononnya nak siapkan bantal yang org order tak siap2 lagi nie . Boleh pulak aku terlelap , sedar2 dah pukul 6.15 .. Malam nie mmg tido lambat laa aku nak siapkan bantal nie . Mintak2 la esok umi x suruh g mana2 lagi sbb byk bnda tak buat lagi esok jugak laa nak balik KL . Barang2 tak packing lagi kot ! Got to go , bye :-*

5 Jan 2013

Update By Nadia Nadhirah at Saturday, January 05, 2013
Reactions: 
0 comments
Kalau betul sayangkan sesorang tu , x perlu nak tinggikan ego tu . Masing-masing dh besar boleh pkir ape yg elok untuk satu hubungan yang dah terjalin . Benda tu semua boleh dielak if EGO tu diketepikan .. Seseorang tu boleh berubah kalau diberi peluang untuk berubah . Nie kalau langsung tak diberi peluang , macam mana setiap perhubungan tu akan terus kekal . Macam mana nak terus kekal kan satu hubungan tu kalau setiap percakapan , pendapat dan teguran langsung tak diterima pakai .. Fikir-fikirkanlah ..

DISALAHERTIKAN

2 comments
Dengan situasi badan yang lemah , aku gagahkan jua untuk menaip di sini . Hanya di sini alternative untuk aku meluahkan perasaan . Di sini la teman , sahabat , pendamping setia aku . Segalanya aku coretkan di sini .

Kata orang , setiap yang berlaku , ada hikmahnya sendri . Macam tu jugak lah aku . Menghadapi dugaan bersama dia seolah-olah aku yang sering dipersalahkan . Aku cuma mahukan yang terbaik dan dia lah satu-satunya yang aku ada . Tapi , itu semua langsung tak bermakna bagi dia . If someone dah aim kita nie takde guna langsung , sampai bila-bila pun akan tetap macam tu . Setiap satu perkataan yang kita ungkapkan , langsung tak diterima pakai , terus disalahertikan . Setiap pendapat dan teguran aku , langsung tidak di ambil peduli . Aku hanya mahukan kami yang dulu , masa mula-mula mengenali antara satu sama lain . Makin lama makin hilang semua tu . Dia sering nak menjauhkan diri dengan aku , even dengan satu masalah yang kecil . Aku buntu , dah tak taw macam mana lagi nak buat . Aku dah try nak buat yang terbaik , tapi masih sama .

Aku tak pandai dalam bab pujuk-memujuk . Tapi aku dalam proses nak belajar . So , please bagilah aku masa untuk pelajari semua tu . Sebab aku taknak kehilangan orang yang aku sayang lagi . Dulu , dia sering buat aku tersenyum , sering aku ketawa dengan gelagat dia . Tapi kenapa semua tu hilang secara tiba-tiba ? Mana perginya dia yang dulu ? Janji dia untuk jaga aku , janji dia untuk bahagiakan aku , tapi sekarang ?

"Ya Allah , Kau tabahkanlah hatiku . Kau jauhilah aku dari sifat pemarah . Kau kuatkan hatiku untuk menghadapi dugaan ini . Amin"

Awak , saya sayang awak . Saya terima segala kebaikan , keburukan dan kekurangan awak . Saya nak awak tahu apa yang saya rasa sekarang . Saya takut semua tu hilang . Saya taknak awak jadikan saya sebagai musuh . Awaklah teman , sahabat , abang dan juga kekasih saya . Hanya awak . Please jangan marah-marah lagi sayang . Saya takde niat langsung nak sakitkan hati awak . Saya nak kita yang sebelum nie . Doa saya sentiasa untuk awak . Moga Allah sentiasa melindungi setiap apa yang awak lakukan . Take Care sayang . ❤ YOU ALWAYS MNMZ ❧

4 Jan 2013

SABAR YONG !

Update By Nadia Nadhirah at Friday, January 04, 2013
Reactions: 
2 comments
Aku tak taw ape lagi yang dia tak puas hati dgn aku . Sikit-sikit nak touching bagai .. Hal kecik jea pun . Aku dah habis cara and dah try sehabis baik dah nak jadi yang terbaik macam dia nak . Kalau macam nie hari-hari sape tak stress .. Duk sabar selama nie pun boleh jadi panas .. Gapo lagi awok nop b weyy !! X cukup lagi ko nop seksa hidup sayo nie ?!

LIST !

Update By Nadia Nadhirah at Friday, January 04, 2013
Reactions: 
0 comments
Need to do before back to BMI this Tuesday !

!! Immediately !!

❁ Settlekan fees ❁
❁ Beli iron sebab Tika punya dah rosak ❁
❁ Beli barang mandian kat sini sebab kat sana mahal-mahal ❁
❁ Siapkan pillows yang diORDER sebelum balik BMI ❁
❁ Jahit kain sarung Umi yang berlambak atas sewing machine tuh ❁
❁ Pegi alter jacket biru BMI ❁
❁ Packing barang-barang yang tersangatlaa banyak tuh ❁

◕‿◕ YOU CAN DO IT AYONG !! ◕‿◕

3 Jan 2013

HATI SEORANG WANITA

Update By Nadia Nadhirah at Thursday, January 03, 2013
Reactions: 
0 comments

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

* But , I have no chance at all to do all that :'( Can't be a perfect one . AGAIN !!
"Lantak awak laa , EGO tinggi sangat !" - Thanks MNMZ :'(

Cc : http://www.sabahforum.com/forum/woman-s-world/topic18461.html

2 Jan 2013

THE WEDDING BREAKER

Update By Nadia Nadhirah at Wednesday, January 02, 2013
Reactions: 
0 comments
I wish I can get this novel as soon as possible . Can't wait for it dear ;)

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

SETIA HUJUNG NYAWA

Adaptasi Novel
Now showing at TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam .

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Sinopsis dari novel : Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

1 Jan 2013

Lelaki & Perempuan

Update By Nadia Nadhirah at Tuesday, January 01, 2013
Reactions: 
0 comments

Perempuan : "Aku selalu dipeluk Lelaki lain".
Lelaki : "Dan aku adalah Lelaki yang akan memelukmu dengan kasih sayang".

Perempuan : "You are not my FIRST kiss".
Lelaki : "And You are my First Kiss".

Perempuan : "Ramai Lelaki pernah menyentuh tubuhku".
Lelaki itu dengan sabarnya mengatakan: "Yang ingin aku sentuh adalah hatimu".

Perempuan : "Pernah ada Lelaki yang menganggapku sebagai pelacur".
Lelaki itu menatapnya : "Dan aku menganggapmu begitu baik, suci tak dinodai".

Perempuan itu menangis sambil tersenyum dan berkata: "Aku tak sesuai untuk dicintai oleh Mu !! Aku tak cantik !!".

Lelaki itu menatap matanya dalam², sambil tersenyum dan
berkata: "Aku bukan Lelaki yang mencintai kecantikkan mu , kerana cerita lamamu, tapi yang aku cintai adalah hatimu, sepenuhnya kerana Allah , kerana akan ku bimbingmu di atas jalan agama yang diredhai Allah ♥ ..''

Cc : https://www.facebook.com/assalamualaikum.wbt

Renungan ~

Bakal mertua : Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye...

Bakal menantu : Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat...

Bakal mertua : Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap.

Bakal menantu : Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan.

Bakal mertua : @$%@#@#$%^#@#$^&&%#@

❤ Perkahwinan itu bukan perniagaan ❤

HUKUM FITNAH

0

2

Nadia Nadhirah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review