13 Apr 2014

IMPLIKASI BOMOH PADA AKIDAH

Update By Nadia Nadhirah at Sunday, April 13, 2014
Reactions: 
Assalamualaikum warga blogger sekalian . Baca tak tajuk untuk entry kali nie kat atas tu ? Haaaa , sebenarnya tajuk bomoh yang mek nak hupdate nie adalah kerana group mek diberi tugasan untuk mengkaji tentang bomoh atau dukun yang ada kat Malaysia nie . Bagi pendapat mek sendiri laa kan , bomoh atau dukun nie ada yang betul and ada jugak yang tak betul . Sebenarnya kan , mek takde laa sampai percaya dengan benda-benda macam nie sebab bagi mek , semua yang berlaku hari nie , esok , lusa or akan datang semuanya dah ditetapkan oleh Allah S.W.T .. So , sebagai orang Islam buat apa kita masih nak percayakan bomoh ? Bomoh boleh dipercayai untuk keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk merawat penyakit . Mungkin atas sebab tu kita boleh percaya tapi mestilah dengan orang-orang yang mampu merawat dengan cara yang betul . Kat sini mek nak kongsikan tentang huraian yang mek baca kat blog orang lain mengenai bomoh .

---------------------♥♥♥---------------------

Olahan Web MAJALAH I

Sebenarnya kehadiran bomoh bukanlah sesuatu yang baru atau asing dalam sejarah kehidupan manusia. Ia wujud sudah lama, bahkan sebelum datangnya Islam dan diutsunya Nabi kita Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman: “Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang diberi bagian dari Al-Kitab? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut, serta mengatakan kepada orangorang kafir (musyrik Makkah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman.” (An-Nisa’: 51)

Berkenaan ayat ini Ath-Thabari menyebutkan dalam Tafsirnya (2/7726), dengan sanadnya dari Sa’id bin Jubair, bahawa yang  dinamakan jibt dalam bahasa Habasyah adalah sihir (tukang sihir) sedangkan yang dimaksudkan dengan thaghut adalah kahin (bomoh). Ketika itu, bomoh benar-benar mendapat tempat di hati ramai orang. Kerana mereka meyakini, para bomoh mempunyai pengetahuan tentang ilmu ghaib. Orang-orang pun berduyun-duyun mendatanginya, mengadukan segala permasalahan yang dihadapinya untuk kemudian menjalankan petua-petuanya.

Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya, bab Tahrimul Kahanah wa Ityanul Kahin, meriwayatkan dari Mu’awiyah bin Al-Hakam As-Sulami rad, bahawa ia menceritakan: Aku sampaikan kepada Rasulullah s.a.w. beberapa hal yang pernah kami lakukan di masa jahiliah, iaitu bahawa kami biasa mendatangi para domoh. Baginda kemudian bersabda: “Jangan sekali-kali kalian mendatangi bomoh itu.” Aku ceritakan lagi kepada aginda, “Kami biasa ber-tathayyur.” Baginda bersabda: “Itu hanyalah sesuatu yang dirasakan oleh seseorang di dalam dirinya. Maka, janganlah sampai hal itu menghalangi kalian.”

Alam Ghaib

Yang diistilahkan bomoh itu adalah orang-orang yang mengabarkan hal-hal yang akan terjadi di kemudian hari, melalui bantuan syaitan yang mencuri-curi dengan berita dari langit. Maka, bomoh adalah orang-orang yang mengaku dirinya mengetahui ilmu ghaib, sesuatu yang tidak tersingkap dalam pengetahuan banyak manusia.

Padahal, di dalam Al-Quran disebutkan dengan jelas dan pasti, bahawa hanya Allah yang mengetahui yang ghaib, adapun selain Nya tidak. Allah SWT berfirman: “Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An-Naml: 65)

“(Dia adalah Rabb) Yang mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu.” (Al-Jin: 26)

“Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.” (Ali ‘Imran: 179)

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Al-An’am: 59)

Maka katakanlah: “Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah, sebab itu tunggu (sajalah) olehmu, sesungguhnya aku bersama kamu termasuk orang-orang yang menunggu.” (Yunus: 20)

Al-Qadhi Iyadh berkata: “Perbomohan yang dikenal di dunia Arab terbagi menjadi tiga jenis: Pertama: Seseorang mempunyai teman dari kalangan jin, yang memberi tahu kepadanya dari usaha mencuri-curi dengar berita langit. Jenis ini sudah lenyap sejak Allah SWT mengutus Nabi kita s.a.w. Kedua: Syaitan mengabarkan kepadanya sesuatu yang terjadi di tempat-tempat lain yang tidak boleh diketahuinya secara langsung, baik dekat mahupun jauh. Yang demikian tidaklah mustahil kewujudannya. Ketiga: Ahli nujum. Untuk jenis ini, Allah SWT menciptakan kekuatan tertentu pada diri sebahagian manusia. Akan tetapi, kebohongan di dalamnya biasanya lebih dominan. Di antara jenis ilmu seperti itu, adalah ilmu ramal, pelakunya disebut peramal atau tabib.

Biasanya orangnya mengambil petunjuk dari premis-premis dan sebab-sebab tertentu untuk mengetahui persoalan-persoalan tertentu, serta disokong dengan perbomohan, perbintangan, atau sebab-sebab lain. Jenis-jenis seperti inilah yang disebut dengan perbomohan.

Bomoh dan Ahli Nujum

Kemajuan peradaban manusia, sering kali diukur dengan kemajuan teknologi dan semakin lepasnya masyarakat daripada amalan amalan berbentuk tahayul. Namun begitu, di zaman sekarang ini amalan perbomohan justeru semakin berkembang umpama cendawan di musim penghujan. Tidak hairan setiap hari kita membaca di dada akhbar perihal tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam terhadap mereka yang dikaitkan dengan bomoh dan tabib sesat ini. Penting diketahui, sebenarnya amalan perbomohan bukanlah ciri khas masyarakat tradisional yang melambangkan kemunduran mereka. Bangsa maju dan moden di Eropah dan Amerika yang mengagungkan rasional juga mempunyai sejarah perbomohan (witchcraft).

Di rantau Melayu, amalan perbomohan mempunyai kaitan sejarah yang kuat dengan karakter bangsa. Tidak hairan bomoh juga dikaitkan dengan mereka yang mempunyai cita-cita politik. Semuanya ini memberikan gambaran yang nyata, bahawa bomoh memang sudah dikenali lama oleh masyarakat kita. Dan ilmu ini pun turun-menurun saling diwarisi oleh anak-anak bangsa, hingga waktu ini para bomoh masih mendapatkan tempat bukan saja di sisi masyarakat tradisional, tetapi juga di tengah lingkungan masyarakat moden.

Sebab itu mereka yang datang ke bomoh hari ini tidak mengenal status sosial: kelas bawah, menengah bahkan atas. Sensasi para itu mampu melampaui semua peringkat pendidikan. Banyak di antara mereka yang datang ke bomoh merupakan orang-orang terpelajar yang berfikiran rasional. Sebenarnya, bomoh atau tabib tidak ada bezanya, kerana itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengemukakan, bahawa bomoh adalah nama lain dari ahli nujum (Fathul Majid, hal. 338). Maka, bomoh atau ahli nujum adalah dua nama yang saling berkaitan, kadang salah satunya menjadi penanda bagi yang lainnya.

Akhir-akhir ini fenomena perbomohan dan ramalan semakin semarak seiring dengan suasana yang kondusif bagi para pelakunya untuk tampil berani tanpa ada bebanan. Ada yang berani menawarkan perkhidmatan meramal melalui iklan atau kemudahan SMS, atau juga melalui perubatan alternatif. Betapa ramai sekarang ini penderita penyakit yang tidak dapat dikesan penyakitnya sekalipun telah menggunakan kemajuan teknologi perubatan. Setelah diselidik, salah satu puncanya adalah kerana penyakit tersebut merupakan penyakit “kiriman” yang dihantar oleh para bomoh dengan menggunakan kekuatan ghaib bernama syaitan.

Bahaya Mendatangi Dukun dan Peramal

Al-Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahih keduanya, meriwayatkan hadis dari ‘Aisyah r.a. ia berkata: Saya tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. “Ya Rasulullah, sesungguhnya para dukun itu mengatakan sesuatu kepada kami, dan ternyata apa yang dikatakannya itu benar terjadi.”

Baginda kemudian bersabda:
“Kata yang benar itu disambar oleh jin dan kemudian dibisikkan ke telinga pengikutnya. Tapi setiap satu kata yang benar itu dicampurkan dengan seratus kebohongan.” (HR. Al- Bukhari no. 5762, Muslim no. 2228)

Dalam riwayat lainnya, yang dikemukakan oleh Al-Imam Muslim disebutkan bahawa ‘Aisyah menceritakan: “Orangorang bertanya kepada Rasulullah tentang kebenaran para bomoh.” Baginda menjawab: “Tidak ada apa-apanya.” Mereka lantas berkata: “Mereka itu (bomoh) terkadang mengatakan sesuatu yang kemudian benar-benar terjadi.” Baginda s.a.w. menjawab:

“Kalimat itu berasal dari kalangan jin yang disambar oleh salah seorang jin, lalu ia bisikkan ke dalam telinga pengikutnya seperti suara ayam betina, lalu mereka mencampurnya dengan lebih dari seratus kebohongan.” Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu membenarkan perkataannya, bererti itu telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w..” (HR. Ahmad dalam Musnadnya no. 9541) Ibnu Atsir r.a menjelaskan, “Yang dimaksudkan dengan tukang ramal adalah ahli nujum atau orang pandai yang mengaku mengetahui ilmu ghaib, padahal hanya Allah SWT yang mengetahui persoalan ghaib. Tukang ramal itu masuk dalam kategori bomoh.”

Dalam kitab Shahihnya, Al-Imam Muslim mengutip hadis dari Nafi’, dari Shafiyyah, dari beberapa isteri Nabi, dari Nabi s.a.w. baginda bersabda:

“Siapa yang mendatangi arraf (tukang ramal) lalu menanyakan sesuatu kepadanya, maka sembahyangnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.”

Al-Imam Nawawi menjelaskan, “Yang dimaksudkan dengan tidak diterima solatnya adalah bahawa solat yang dilakukannya itu tidak diberi pahala, sekalipun solat yang dilakukannya itu sudah tentu tetap boleh menggugurkan kewajipannya sehingga tidak perlu diulang kembali. Para ulama sepakat bahawa hal itu tidak bererti menuntut orang yang mendatangi tukang ramal untuk mengulangi solatnya selama empat puluh hari.” (Syarh Shahih Muslim, 7/336).

Bertitik tolak dari dalil-dalil di atas, sekurang-kurangnya ada dua bahaya yang mengancam orang-orang yang mendatangi dan menanyakan sesuatu kepada bomoh atau ahli nujum: Pertama, kekafiran, jika meyakini kebenaran bomoh dan meyakini tukang ramal itu sebagai orang yang mengetahui hal ghaib.

Kedua, mendekati kekufuran, jika membenarkan berita yang disampaikannya dari hal yang ghaib. Dengan alasan, bomoh dan ahli nujum menyampaikan hal yang ghaib dari maklumat jin yang mencuri-curi dengar berita langit. Hanya kepada Allah SWT kita memohon perlindungan. Semoga Allah tidak memperbanyak jumlah para pelayanpelayan syaitan (bomoh), serta membongkar kejahatan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Nadia Nadhirah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review