11 May 2014

Sepuluh Sebab Kenapa Wanita Cemburu

Update By Nadia Nadhirah at Sunday, May 11, 2014
Reactions: 
Perkara biasa ketika bercinta atau  kehidupan berumahtangga pastinya situasi cemburu mendatangkan seribu masalah dalam perhubungan. Sukarnya menghadapi situasi begini bergantung kepada bagaimana pasangan menyelesaikannya. Kadangkala disebabkan sifat cemburu pelbagai perkara berlaku seperti putus hubungan dan penceraian. Malahan ada juga kes cemburu yang berakhir dengan kematian. Kenapa wanita cemburu? 
  • Sifat semulajadi
Memang lahiriahnya wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Jika berlaku sedikit perkara yang mungkin remeh bagi lelaki, mereka merasakan perkara yang berlaku terlalu besar sehingga tidak dapat mengawal perasaan.
  • "Sharing is not caring"
Kamu adalah hak mereka dan kamu tidak boleh dikongsi. Itulah prinsip utama wanita dalam menjalinkan hubungan. Berbeza dengan lelaki, mereka masih mampu berkongsi (poligami) kasih dengan 3 lagi wanita.
  • Rasa tergugat
Kadangkala sifat cemburu berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya. Pada rakan sekerja teman lelaki yang lebih cantik, orang yang bercakap dengan mereka dan yang lebih parah jika cemburu pada "salesgirl" yang "seksi". Apatah lagi pula mereka menganggap lelaki lebih pentingkan wanita yang cantik sedangkan sebaliknya bagi lelaki.
  • Terlalu sayang
Ada orang berkata "Cemburu tanda sayang". Betul ke begitu? Bila ada perasaan sayang, maka mereka akan cemburu, jika mereka tidak sayang pada teman lelakinya, maka mereka tidak mengambil serius tentangnya.
  • Tak suka dibandingkan
Kadangkala wanita tidak suka dibanding-bandingkan kelebihan orang lain dengannya. Contohnya: "Sayang, minah jual nasi lemak tu makin cantiklah, dulu tak macam tu..". Nah! Pernyataan mencari nahas. Pasti minah kurang satu pelanggan setiap hari kerana kedai minah telah di "banned".
  • Lelaki punya pasal
Jika cemburu tidak "bertempat" tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu.
  • Minta perhatian
Sesekali wanita akan bersikap keanak-anakkan dengan berpura-pura cemburu kerana inginkan perhatian yang lebih daripada lelaki. Daripada perkara yang sekecil-kecil zarah pun mereka cemburu. Harapan mereka, mereka mahu dipujuk!
  • Tidak suka persaingan
Bila lelaki sudah menjadi hak, mereka tidak mahu ada lagi persaingan. Jadi jika ada tanda-tanda wanita lain cuba mendekati pasangannya, cepat-cepat mereka berdiri disebelah! Itu tandanya mereka cemburu.
  • Takut kehilangan
Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup wanita adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Maka seboleh-bolehnya hak milik mereka dijaga dengan rapi sebelum orang lain merampasnya.
  • Setia dicabuli
Sudah tentunya wanita adalah insan yang jenis kuat cemburu. Ternyata kebanyakkan mereka adalah wanita yang setia terhadap lelaki. Jadi mereka akan cemburu kerana kesetiaan mereka dipandang lekeh oleh lelaki.

0 comments:

Post a Comment

Nadia Nadhirah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review